Loading...

Kotak Basah

Lokasi Perniagaan

Pasar Borong Selangor



Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Sesungguhnya di syurga terdapat sejumlah bilik yang bahagian luarnya terlihat dari bahagian dalamnya dan bahagian dalamnya terlihat dari bahagian luarnya. Lalu seorang Arab Badwi berdiri lalu bertanya, "Ya Rasulullah untuk siapa bilik itu?" Nabi SAW menjawab, "Untuk orang yang memberi makan." Riwayat at-Tirmizi



Salam, nama saya Wan, co-founder #kotakbasah dan saya nak bagitahu anda satu cerita. 

#kotakbasah ini bermula pada PKP3.0 dimana amat ramai rakyat Malaysia terkesan sehingga memerlukan bantuan bakul makanan. 

Akan tetapi bakul makanan yang ada hampir kesemuanya memberikan makanan kering seperti beras, gula, tepung dan minyak. 

Tiada yang memberikan bantuan makanan basah. Ini disebabkan oleh kekangan logistik. Bahan makanan basah ini mudah rosak. 

Jadi kami pun mula mencari solusi, bagaimana caranya untuk mengatasi kekangan ini dan akhirnya kami dapat tuntaskan keperluan ini. 

Kami telah berjaya menyiapkan lebih 800 kotak basah kepada 800 keluarga yang memerlukan. Dan rata-rata mereka menyatakan yang #kotakbasah yang mereka terima ini AMAT MEWAH! 


Masakan tidak, dengan RM100, mereka dapat 

2 Ekor Ayam 

1kg Ikan 

450gm daging

300gm udang 

Santan Kotak 

10 biji telur 

2 Keping Tempe 

1kg Ubi Kentang

Fishball 

Sayur 

Pisang 1 Kg 

Kalau dikira, nilai yang diterima oleh mereka lebih dari RM130! 

Sampaikan ada penderma beli #kotakbasah untuk kegunaan sendiri. Sebab value for money! 

Kami dapat sumbangan dari rakan-rakan dan orang perseorangan yang ingin membantu. Kami juga ada menerima sumbangan dari syarikat yang ingin membuat CSR. 

Jika anda berminat untuk menyumbang, terdapat 3 cara yang kami sediakan. 

1. Anda boleh beli kotak basah ini  dan masukkan alamat penerima. Kami akan menguruskan penghantaran. Anda boleh pilih mod penghantaran yang sesuai (tertakluk cas dan kesesuaian penghantaran)

2. Anda boleh beli dan wakilkan kepada kami untuk membuat pengagihan. Kami akan bekerjasama dengan NGO atau Masjid berdekatan untuk koordinasi dan mengenalpasti penerima bantuan yang layak. 

3. Anda boleh beli dan pickup di hub kami di Pasar Borong Selangor. 

Kami juga boleh menguruskan tempahan kotak dalam kuantiti besar untuk program CSR. Sila hubungi Wan 0164245751 untuk info lanjut. 

Semoga segala amalan kita diterima dan diberkahi. Aminnn